• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup 1,100 Karton Rokok Ditumpas

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1,100 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM87,570, selepas menahan sebuah bot di kedudukan 0.1 batu nautika dari Tanjung Sepat di sini, semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata bot itu dikesan dalam keadaan yang mencurigakan pada kira-kira pukul 7.20 petang dalam Op Ehsan, dan selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, penyeludup melarikan diri ke dalam bakau, meninggalkan bot serta bungkusan rokok berkenaan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai beberapa bungkusan rokok seperti Surya (180 karton), Semporna (400 karton), Marlboro (500 karton) dan D’Samsu (20 karton) yang ditutupi dengan jaring ikan dalam bot berkenaan

Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata bot berkenaan berserta enjin jenama Yamaha 200hp dengan nilai keseluruhan sitaan kira-kira RM150,000 kemudiannya disita dan diserahkan kepada Unit Siasatan Maritim Selangor untuk tindakan lanjut, dan kes sedang disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

“Maritim Selangor akan mempertingkat lagi rondaan dan pemeriksaan terutamanya di lokasi panas bagi membendung gejala jenayah maritim,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMM SelangorSeludup Rokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Serah Notis Kepada Anak Tun M Isytihar Aset

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

18/01/2024
0

Pelabuhan Klang: Ikrar bawa masuk tanglung, baju, kotak dan perabot namun tindakan sindiket penyeludupan rokok dan arak cuba mengaburi mata...

800,000 Rokok Putih Seludup Dirampas

800,000 Rokok Putih Seludup Dirampas

02/08/2022
0

KLUANG: Sebanyak 800,000 batang rokok putih tanpa cukai dirampas oleh Pasukan Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd