• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bina Laluan Baharu Pahang Skills

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang hari ini, bersetuju untuk membina laluan masuk ke Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) di Semambu di sini, melalui Jalan Kuantan-Bypass yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembinaan jalan itu perlu untuk memudahkan perjalanan masuk ke pusat latihan itu sambil mengambil kira keadaan laluan utama masa kini yang melalui kawasan perindustrian.

“Kita akan mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perancangan jalan baharu itu,” katanya kepada pemberit selepas melancarkan logo dan bas baharu Pahang Skills di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Pahang Skills Datuk Lahuree Sudiran, Pengarah Eksekutifnya, Khairul Rizal Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumbe Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Adnan juga memaklumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Pahang Skills untuk membeli peralatan baharu dalam bidang robotik memandangkan peralatan sedia ada telah berusia 12 tahun.

“Pahang Skills memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan negeri dan perlu bersikap proaktif dalam memerhatikan perubahan yang berlaku dalam industri agar dapat disesuaikan dengan kursus yang ditawarkan,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan pencapaian Pahang Skills yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) kerana melahirkan pekerja mahir berpendapatan tinggi, melebihi tujuan penubuhannya pada tahun 1996, iaitu untuk memenuhi permintaan industri negeri.

“Saya juga dimaklumkan bahawa 85 peratus graduan universiti yang menganggur, apabila mereka datang ke sini (Pahang Skills) untuk menjalani latihan, mereka kemudiannya mendapat kerja dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Selain itu, Adnan juga memberitahu kerajaan negeri akan memberi angpau Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Pahang yang berusia 70 tahun ke atas, seperti tahun-tahun sebelumnya.

Adnan terdahulu merasmikan logo baharu Pahang Skills yang bersifat ‘evolusi’ dengan penggunaan warna biru muda pada perkataan ‘SKILLS’ bagi melambangkan keupayaan pusat latihan itu dalam pemikiran Strategi Lautan Biru, dengan menawarkan kursus berimpak tinggi dan terkini.

Beliau juga menunjukkan kemahiran memandu bas baharu Pahang Skills dengan mengelilingi pusat latihan itu, yang dinaiki Lahuree, Khairul Rizal dan Noorul Azali. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd