• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Nigeria Dituduh Dalang Macau Scam

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki warga Nigeria dipercayai dalang sindiket penipuan Macau Scam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh yang dikatakan memasuki negara ini sejak 2016 sebagai pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di ibu negara, ditahan polis pada 21 September lalu.

Egwuasu Bernard Nnaemeka dan Egwuasu Chimiezi Benjamin, kedua-duanya berusia 32 tahun, dituduh melakukan pakatan jahat dengan menipu seorang bekas guru, Nor Faizah Othman, 48, antara 21 April hingga 12 Jun tahun lalu, hingga mengakibatkan mangsa kerugian RM148,490.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 120(B)(1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Majistret Nurunaim Abdullah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pekerja kedai jubin didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menerima wang daripada mangsa hasil penipuan tertuduh pertama dan kedua.

Tee Chiu Hang, 29, mengaku menerima wang daripada mangsa (Nor Faizah) menerusi beberapa transaksi menggunakan akaun bank miliknya di Jalan Beserah, dekat sini, antara jam 12.15 tengah hari hingga jam 2 petang pada 21 April hingga 12 Jun tahun lalu.

Tertuduh dalam keterangannya di mahkamah berkata, dia mengenali tertuduh pertama dan kedua melalui Facebook sejak tiga tahun lalu, namun mendakwa tidak pernah menemui mereka.

Dia turut mengaku menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya kepada tertuduh dan memaklumkan tertuduh pertama dan kedua masih memegang kad ATM berkenaan sehingga mereka ditahan polis hujung September lalu. – BH ONLINE

Tags: NigeriaSindiket Macau Scamwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd