• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baik Pulih Tebing Runtuh Mula Minggu Depan

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerja-kerja membaik pulih tebing di Jalan Bukit Lama dari Bayan Lepas ke Balik Pulau dekat sini yang runtuh 23 Oktober lepas, dijangka bermula minggu hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata pihaknya menerima peruntukan RM1.7 juta daripada Kementerian Kewangan pada 7 Nov lepas untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera.

“Isnin ini surat lantikan kontraktor akan dikeluarkan dan kerja-kerja pembinaan boleh bermula dengan secepat mungkin minggu depan. Kerja-kerja membaik pulih dijangka akan mengambil masa tiga ke empat bulan,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Zairil berkata sepanjang kerja-kerja membaik pulih dijalankan hanya satu lorong di jalan itu akan dibuka kepada kenderaan ringan.

Kejadian tebing runtuh di kawasan itu pada 23 Okt lepas dipercayai berpunca daripada hujan lebat lebih dua jam yang menyebabkan satu lorong di jalan itu ditutup sementara.

Isnin lepas (5 Nov), beberapa penduduk di Balik Pulau mendakwa penutupan sementara satu lorong di jalan persekutuan itu menjejaskan perniagaan dan sektor pembinaan di daerah itu. – BERNAMA

Tags: baik pulihtebing runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM100 Juta Untuk Selenggara, Baik Pulih Kuarters Dan Fasiliti PDRM

Peruntukan RM100 Juta Untuk Selenggara, Baik Pulih Kuarters Dan Fasiliti PDRM

23/07/2023
0

Kuala Lumpur : Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggara kuarters serta fasiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

KKM Baik Pulih 42 Klinik Kesihatan Di Pahang

KKM Baik Pulih 42 Klinik Kesihatan Di Pahang

28/05/2023
0

KUANTAN : Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan projek membaik pulih 42 Klinik Kesihatan (KK) diklasifikasi sebagai daif di seluruh Pahang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd