• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Dipenjara 30 Bulan Rompak Kedai Serbaneka

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan merompak dijatuhi lagi hukuman penjara 30 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu lagi kesalahan merompak.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Siah Chee Ming, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah dan beliau diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkannya dipenjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Siah didakwa merompak seorang lelaki warga Bangladesh, Md Meraj Ahamed Khan, 24 yang bekerja di sebuah kedai serbaneka dengan mengambil 16 kotak rokok dan 18 coklat yang keseluruhan bernilai RM335.30 di 7Eleven Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, pada pukul 2.37 pagi, 31 Julai lepas.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddin memohon hukuman setimpal atas alasan tertuduh sedang menjalani hukuman di penjara atas kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, bapa dua anak yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan dia penanggung utama keluarga kerana isterinya berusia 40 tahun diisytihar muflis dan tidak bekerja. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: banduanRompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd