• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Enakmen Kawal Agama Bukan Islam

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) terhadap beberapa individu yang didakwa mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini hanya sia-sia.

Bekas Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman berkata, JHEAINPP tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang terlibat kerana tiada sebarang peruntukan digariskan di negeri tersebut bagi menghalang perbuatan berkenaan.

“JHEAIPP boleh siasat sahaja, tindakan tak boleh dibuat. Atas peruntukan undang-undang apa hendak digunakan bagi mendakwa mereka (yang didakwa mengedar Bible) itu?.

“Sebab itu, Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam ini pen­ting diwujudkan di semua ne­geri kerana ingin memastikan tidak berlaku perbuatan seperti ini terhadap orang Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim berkata, JHEAINPP bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pendi­dikan negeri telah memulakan siasatan berhubung kes mengedar kitab Bible kepada pelajar sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, enakmen tersebut amat penting kerana perkara yang berkaitan dengan penyebaran agama merupakan isu yang cukup sensitif di negara ini selain kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Atas sebab itu katanya, kerajaan Persekutuan perlu membawa usul tersebut ke Parlimen dengan segera kerana Wilayah Persekutuan bukan sebuah ne­geri dan tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, tiga kerajaan negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pula bertanggungjawab melakukan tindakan yang sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) ma­sing-masing.

“Gesaan supaya menggubal enakmen undang-undang ini sebenarnya telah melepasi masa terlalu lama, kita bimbang perbuatan yang sama seperti di Pulau Pinang itu berlaku lagi sehingga tidak mampu dikawal,” katanya. – Utusan Malaysia

Tags: agama islambible
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

Bila Rasullah Sayang Seseorang

22/11/2021
0

1. Sekiranya kita sayang kepada seseorang, kita sepatutnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik dan bukannya mendedahkan kepada mereka perkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd