• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

May Tak Sabar Balik Ipoh, Bawa XPDC Gegar Stadium

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN rock terkenal, May dan XPDC bakal beradu suara dalam Konsert Metal Return 1.0 live yang bakal berlangsung di Stadium Perak, di Ipoh pada 15 Disember ini.

Vokalis kumpulan May iaitu Mus, berkata dia ahli kumpulan lain tidak sabar untuk menggegarkan kampung halaman mereka itu.

Menurut Mus, konsert kali ini cukup istimewa kerana mereka bergabung bersama kumpulan XPDC dan berkongsi pentas yang sama.

“Sejujurnya, May tak sabar nak gegarkan Stadium Perak. Iyelah, dah lama rasanya tak main kat Ipoh, ramai member dan peminat di sana yang tertunggu-tunggu saat ini.

“Sebelum ini banyak juga kami buat persembahan di Ipoh, cuma kali ini ia dalam skala lebih besar dan lokasi yang boleh memuatkan ramai penonton. Lebih istimewa apabila May bergabung dengan XPDC.

May dan XPDC akan mengadakan konsert di Perak.

“Apa yang boleh saya kata May sangat teruja bergabung dengan XPDC dan harap peminat sekitar negeri Perak akan turun malam itu,” katanya kepada mStar Online.

Mus ditemui semasa sidang media XPDC & May Konsert Metal Return 1.0 yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kumpulan May dianggotai oleh Mus selaku vokalis, Abu (gitar), Yuss (bass) dan Man (drum).

Manakala, ahli kumpulan XPDC pula ialah Ali (vokalis), Izo (gitaris), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif (gitar).

Sementara itu, wakil penganjur Lady Boss, Nithianandan. M atau Nathan, 44, berkata idea konsert ini timbul apabila ada peminat mengharapkan gabungan dua legenda rock ini.

May dan XPDC.

Ujarnya, XPDC dan May mempunyai kelompok peminat tersendiri dan percaya persembahan mereka akan mengembalikan semula nostalgia kepada peminat yang terdiri dari pelbagai bangsa.

“Kami yakin kumpulan May dan XPDC bakal menggegarkan stadium pada malam itu dengan persembahan bertenaga mereka.

“Mereka mempunyai kelompok peminat yang besar dan kita percaya ramai yang merindui persembahan mereka di pentas mega sedemikian,” ujarnya.

Tiket mula dijual dengan harga RM150, RM95 dan RM60 dan boleh didapati dengan menghubungi 0192407994 (Mentari Merah) – mStar Online

Tags: mus mayXPDC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Otai Rock May, XPDC Kongsi Pentas

12/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Otai rock legenda tanah air, XPDC dan May bakal berkongsi pentas dalam Konsert Metal Return 1.0 Live...

Usia Dah Meningkat, Takkan Nyanyi Lagu Cinta – XPDC

10/11/2018
0

VOKALIS kumpulan XPDC, Ali berkata kini sudah tiba masanya mereka menyampaikan lagu dalam bentuk dakwah untuk peminat. Menurut Ali atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd