• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Optimis Beraksi Di Tokyo

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kekal positif untuk merealisasikan impiannya beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 biarpun masih dalam proses pemulihan selepas menghidap kanser hidung.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu menamatkan spekulasi mengenai masa depan kerjayanya apabila menegaskan dia akan kembali ke gelanggang dengan Seluruh England pada Mac tahun depan mungkin menjadi kejohanan pertamanya.

“Mungkin Seluruh England akan menjadi kejohanan pertama saya tetapi ia bergantung pada tahap fizikal saya. Agak sukar untuk saya bercakap mengenai tahap fizikal saya sekarang kerana saya baru selesai menjalani rawatan.

“Sekarang saya sudah mula melakukan ‘workout’ (senaman) bagi mendapatkan semula tahap kecergasan saya. Saya tidak boleh terburu-buru untuk kembali ke gelanggang, sebaliknya saya perlu mendengar nasihat daripada doktor.

“Jika doktor membenarkan saya kembali ke gelanggang, saya akan kembali ke gelanggang. Apa yang paling penting sekarang adalah kesihatan saya,” kata Chong Wei ketika sidang media khas bagi berkongsi perkembangan berhubung tahap kesihatannya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini.

Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap awal, Julai lalu menjalani rawatan di Taiwan selama dua bulan setengah dan hanya kembali ke tanah air, tiga minggu lalu.

Mengenai peluang untuk dia layak ke Tokyo, Chong Wei berkata ia tidak akan menjadi masalah sekiranya dia boleh kembali beraksi malah menegasakn sasarannya adalah untuk membawa pulang pingat tidak kira warna.

“Saya yakin, bukan masalah besar untuk saya layak ke Olimpik jika dapat kembali beraksi. Setiap negara layak mempunyai satu wakil jika berada dalam kedudukan ranking 32 terbaik dunia.

“Sama ada saya boleh memenangi pingat emas atau tidak, itu adalah impian saya. Saya tidak akan pergi ke Olimpik untuk sekadar bercuti…sudah pasti saya meletakkan sasaran bagi memenangi pingat.

“Jika tidak lebih baik saya beri peluang untuk pemain muda beraksi sekiranya sekadar pergi untuk bercuti,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu yang memenangi perak pada Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. – BH Online

Tags: datuk lee chong weiOlimpik Tokyo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Liu Ying, Khairul Anuar Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Tokyo

04/05/2021
0

BUAT pertama kalinya Malaysia akan menampilkan dua pembawa bendera di Sukan Olimpik yang dijadualkan dari 23 Julai hingga 8 Ogos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd