• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sorok Barang Keperluan Musim Tengkujuh

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyorokkan bekalan barangan keperluan semasa musim tengkujuh.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sentiasa memantau isu berkenaan bagi mengelakkan berlakunya ekploitasi atau kenaikan harga makanan dan keperluan lain secara melampau.

“Jika berlakunya aktiviti ini (menyorokkan bekalan) yang mana peniaga mahu kaut untung berlebihan atas musibah (tengkujuh) yang berlaku, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada laporan yang diterima berkaitan isu ini. Kesemua barangan keperluan adalah mencukupi,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan kad ‘Aeon member Plus Visa’ dan aplikasi ‘Aeon Wallet’ di pusat membeli-belah Aeon Shah Alam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution turut menegaskan bahawa bekalan makanan utama rakyat adalah mencukupi sama ada pada musim tengkujuh mahupun sebarang sambutan perayaan.

Beliau berkata isu berkaitan kecukupan bekalan barangan keperluan membabitkan tanggungjawab pelbagai zon di semua kementerian termasuk KPDNHEP demi menjaga kebajikan rakyat. – BERNAMA

Tags: barang keperluanmusim tengkujuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

29/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim Hidroelektrik Sungai Perak dan Skim Hidroelektrik...

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

22/09/2022
0

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU) tidak diadakan semasa musim tengkujuh tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd