• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program ‘Diversion’ Budak Bermasalah Mula 2019

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melaksanakan projek rintis dikenali ‘Diversion’, iaitu sistem pengalihan kanak-kanak yang terlibat jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata melalui sistem itu, kanak-kanak yang disabitkan dengan kesalahan ringan, tidak akan ditahan.

“Kanak-kanak tersebut akan menjalani modul intervensi yang disediakan khas untuk mereka mengikut jenis kesalahan dan latar belakang mereka,” katanya ketika berucap pada program lawatan rasmi di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata modul intervensi itu yang dilaksanakan sebagai kaedah rehabilitasi alternatif merangkumi sesi kaunseling, khidmat masyarakat, bayaran ganti rugi atau membaik pulih kerosakan yang dilakukan.

Bagaimanapun, pelaksanaan Diversion akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk perbincangan lanjut kerana jabatan itu bertanggungjawab menentukan jenis kesalahan yang boleh diletakkan di bawah sistem itu.

Beliau berkata kesan buruk daripada sudut psikologi yang dihadapi kanak-kanak kerana melalui proses perundangan akibat kesalahan-kesalahan kecil adalah lebih teruk daripada kesalahan itu sendiri.

Sementara itu, Dr Wan Azizah, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata dua daripada tiga pelajar perempuan Asrama Akhlak Perempuan, Jitra dekat Kubang Pasu yang dilaporkan melarikan diri dari asrama itu pagi semalam, telah dijumpai.

Katanya kesemua pelajar tersebut dipercayai melarikan diri kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pusat pemulihan tersebut.

“Kita nak pulihkan mereka dengan cara bersesuaian macam orientasi…, satu tempoh kita nak mereka diorientasi dengan cara ini tapi kebetulan mereka ada geng, bertujuh lebih mudah keluar. Kita mahu mereka dipulihkan tetapi mereka tak faham, mereka rasakan macam kena tahan. Ini satu persepsi kita mesti ubah, “ katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi dan disedari pembantu kebajikan masyarakat selepas menerima aduan daripada penghuni lain pada pukul 1.17 pagi mengenai tujuh penghuni melarikan diri dengan memecahkan siling bumbung tandas asrama berkenaan.

Selepas membuat pemeriksaan, empat penghuni ditemui semula berhampiran asrama manakala tiga lagi penghuni yang semuanya berumur 16 tahun berjaya meloloskan diri, dipercayai melalui laluan pagar dawai berduri di asrama itu berikutan terdapat kesan kerosakan pagar berkenaan. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd