• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian Mangsa Nahas Lion Air Dilanjutkan

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG rakan sekerja kru kabin penerbangan JT610 menangis di atas dek kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Banjarmasin semasa melawat lokasi nahas di perairan Tanjung Karawang kelmarin.

JAKARTA – Indonesia akan melanjutkan operasi mencari mayat penumpang dan kru pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober lepas selama tiga hari lagi, kata seorang pegawai semalam.

Penerbangan JT610 itu berlepas dari Jakarta menuju ke bandar Pangkal Pinang 10 hari lalu apabila ia terhempas ke dalam laut, mengakibatkan semua 189 penumpang dan krunya terbunuh.

“Pasukan penyelamat mengisi kira-kira 186 beg mayat dengan cebisan tubuh manusia yang ditemui selepas nahas dahsyat itu tetapi hanya 44 mangsa telah dikenal pasti setakat ini,” kata Ketua Badan Nasional Pertolo­ngan dan Pencarian (Basarnas), Muhammad Syaugi pada satu sidang akhbar.

“Anggota tentera, polis dan sukarelawan yang turut terlibat dalam pencarian itu akan diundurkan,” tambahnya.

Sementara itu, beratus-ratus orang yang berkabung di atas dua kapal Tentera Laut Indonesia menaburkan jambangan dan kelopak bunga ke dalam Laut Jawa, berhampiran lokasi pesawat baharu jenis Boeing 737 MAX 8 itu terhempas.

Pasukan penyelam berjaya menemui enjin, tayar dan pe­rakam data penerbangan yang merupakan satu daripada dua kotak hitam pesawat tersebut tetapi masih mencari perakam suara kokpit.

Laporan awal berhubung punca kemalangan itu pula dijangka diketahui hujung bulan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Komite Nasional Ke­selamatan Transportasi Indonesia (KNKT) menyatakan kelmarin bahawa analisis pe­rakam data penerbangan mendedahkan penunjuk kelajuan udara JT610 rosak sepanjang empat jam penerbangan terakhirnya. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Lion AirNahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd