• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Didakwa Bunuh Penutut UiTM P.Pinang

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh penuntut wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang pada awal Februari lepas.

Tertuduh, Syarafi Abu, 25, didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, pada 11.55 pagi di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pada 2 Feb lalu.

Nursyuhada

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang, tertuduh menggelengkan kepala sebagai tanda tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan itu.

“Mahkamah tidak minta pengakuan kamu, cuma tanya sama ada kamu faham atau tidak dengan pertuduhan,” kata Majistret.

Namun, Syarafi masih tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan kimia dan bedah siasat mangsa masih belum siap.

Eyu kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 April depan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Galeri mahkamah hari ini turut dipenuhi anggota keluarga tertuduh, wartawan dan juga orang ramai. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ecZF71a0UYU

Tags: kes bunuhpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd