• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Peluang Majlis Ilmu – Tengku Puan Pahang

oleh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Golongan wanita disaran mengambil peluang daripada penganjuran majlis ilmu bagi menambah pengetahuan, titah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda bertitah menambah ilmu merupakan perkara berterusan kerana ia seiring dengan peranan dan tanggungjawab golongan wanita yang semakin mencabar dengan perkembangan semasa dunia.

“Sebagai wanita, kita bukan hanya sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, serta tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa kita, namun kita juga ada peranan dalam masyarakat.

“Semua tugas ini boleh dilaksanakan dengan sempurna apabila kita berilmu. Pembudayaan ilmu sangat penting sebagai persiapan wanita berdepan dengan cabaran,” titah baginda.

Tunku Azizah bertitah demikian semasa berucap merasmikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Islam Tasqif Al-Nisa’ atau Pembudayaan Ilmu Kepada Wanita di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Burhah Mohammed.

Forum anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang membicarakan isu semasa wanita Islam itu disertai lebih 1,000 hadirin. – BERNAMA

Tags: Tengku Puan Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awasi Anak Daripada Main Air – Tengku Puan Pahang

13/12/2018
0

KUANTAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini, bertitah mengingatkan ibu bapa agar lebih mengawasi dan...

Rafizi Pun ‘Sekat’ Akaun Twitter Tunku Azizah

17/11/2018
0

ALAHAI... Bukan sesuatu yang pelik apabila Rafizi Ramli bertindak sekat akaun Twitter penyokong parti lawan yang kerap melakukan provokasi dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd