• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalak Kelantan Hentikan Operasi Ketika Tengkujuh

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata aktiviti pembalakan di negeri ini kebiasaannya dihentikan sendiri oleh pembalak menjelang musim tengkujuh kerana mereka berdepan kesukaran menjalankan operasi berikutan faktor hujan.

Mohd Amar berkata berikutan itu, Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan arahan supaya aktiviti berkenaan dihentikan sementara kerana perkara itu telah menjadi amalan pembalak sejak sekian lama.

“Kalau ada arahan pun, itu daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan ia bergantung kepada keadaan. Tapi biasanya kalau tak ada arahan pun biasa mereka (pembalak) tak buat (aktiviti tebang balak).

“Mereka akan memperlahan atau menghentikan aktiviti bermula Oktober hingga Januari (kerana hujan), Februari baharu mereka kembali beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilaporkan sebagai menyeru Kelantan dan Terengganu agar mengikut jejak langkah Pahang menghentikan sementara aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh bagi mengelakkan tragedi buruk.

Mengenai peruntukan RM50 juta kepada sekolah tahfiz dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan Kerajaan Persekutuan, Jumaat lepas, Mohd Amar berkata kerajaan sepatutnya memberikan bantuan kewangan berdasarkan keperluan dan jumlah sekolah.

“Jumlah sekolah agama dan tahfiz di seluruh negara ini banyak, kalau kita pecahkan jumlah yang diterima setiap sekolah jadi kecil berbanding sekolah lain.

“Kalau tanya kita Kerajaan Persekutuan tak sepatutnya bagi sama tapi kena ikut keperluan, berapa jumlah sekolah yang ada dan diletakkan nilai, bukan sama RM50 juta semua.

“(Peruntukan RM50 juta) memang mencukupi terutama sekolah agama rakyat (SAR) sebab kita tahu SAR memang banyak kekurangan terutama dari segi infrastruktur dan kemudahan lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pembalakantengkujuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Diaktifkan Segera Hadapi Tengkujuh

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Diaktifkan Segera Hadapi Tengkujuh

12/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan pegawai daerah, akan diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi...

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd