• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Disyaki Rogol Anak Tiri Ditahan

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang tukang masak ditahan polis di Jalan Airport, di sini, pagi semalam selepas disyaki merogol anak perempuan tirinya yang berusia 10 tahun.

Suspek lelaki berusia 33 tahun dan berasal dari Kampung Tanjung Bako, di sini itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis pada jam 8.55 pagi sejurus menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, berkata suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu pada 1 Oktober lalu sehingga mendatangkan kesan trauma ke atas mangsa.

Beliau berkata, suspek melarikan diri dari rumahnya dan cuba bersembunyi selepas menyedari perbuatannya terbongkar.

“Bagaimanapun, hasil maklumat risikan berjaya mengesan lokasi persembunyian suspek sebelum berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam,” katanya.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut.

“Suspek sudah direman mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjarakan tidak kurang 10 tahun dan sebatan,” katanya.

Ah Lek berkata, orang ramai turut digesa membantu polis dengan menyalurkan maklumat bagi mengekang kegiatan jenayah, khususnya membabitkan kanak-kanak yang menjadi mangsa. – BH Online

Tags: anak tirikes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd