• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM Akan Sebar Inti Pati KSP RMK11, Belanjawan 2019

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui jabatan dan agensi di bawahnya akan menyebar luas maklumat berkenaan inti pati Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dan Belanjawan 2019 kepada masyarakat melalui pelbagai platform komunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata penggunaan pelbagai platform komunikasi yang telah tersedia di jabatan dan agensi masing-masing dapat memastikan penyampaian secara komunikasi bersepadu yang efektif dan berkesan.

”Jabatan Penyiaran Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) contohnya boleh mencapai jangkauan penyampaian maklumat yang meluas dan pantas melalui pelbagai kaedah seperti program bual bicara, laporan berita dan hebahan infografik yang disiarkan melalui televisyen, radio dan laman berita dalam talian,” katanya.

Berucap pada Majlis Perasmian Taklimat Khas KSP RMK11 dan Belanjawan 2019 di kementeriannya di sini hari ini, Eddin Syazlee berkata kerajaan juga komited meneruskan sasaran untuk memastikan kawasan yang diliputi jalur lebar mencapai 95 peratus sebelum hujung 2019 berbanding 93 peratus pada masa ini.

“Kita menerima respons yang positif dari kerajaan negeri terutamanya bagi membangunkan perkhidmatan jalur lebar di kawasan-kawasan pedalaman yang pastinya nanti akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi digital dan e-dagang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019KKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Syarikat Telekomunikasi Sokong Usaha Bantuan Banjir KKMM

07/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Inisiatif Ops Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi membantu rakyat Malaysia yang...

Mangsa Banjir KKMM Mohon Moratorium Pembayaran Sewa Kuarters

30/12/2021
0

KLANG : Kakitangan Kementerian Komunikasi, Multimedia Malaysia (KKMM) yang terjejas akibat banjir baru-baru ini memohon pertimbangan pihak kementerian bagi memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd