• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia Akan Dipersembah Kepada Sultan Perak

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Piala Malaysia yang dimenangi Perak pada perlawanan akhir menentang Terengganu 27 Oktober lepas akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Ahad ini, di Kuala Kangsar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata piala itu yang kembali kepada Perak selepas 18 tahun akan dibawa ke Kuala Kangsar bersama barisan pemain sempena Larian Hari Keputeraan Sultan Perak ke-62 yang disambut Jumaat lepas.

“Sehubungan itu, kami menjemput rakyat Perak untuk bersama-sama datang ke program berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Radio Televisyen Perak di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai desakan berterusan agar Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Hasnul Zulkarnain Abd Munaim meletak jawatan, Ahmad Faizal berkata pihaknya akan mengendalikan isu berkenaan sebaik mungkin.

Sambil memahami emosi penyokong, Menteri Besar turut meminta mereka mengawal perasaan masing-masing demi memastikan pasukan Perak atau The Bos Gaurus dapat melakar lebih banyak kejayaan.

“Kita akan cari jalan dan kaedah terbaik untuk pastikan perkara ini diselesaikan dengan baik serta tidak memberi kesan kepada pasukan,” katanya.

Sebelum ini, Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, dikritik hebat oleh para penyokong bola sepak tempatan kerana memuat naik gambarnya bersama Piala Malaysia yang diletakkan dicelah kangkang sehingga tular dan dijadikan bahan lawak dalam media sosial. – BERNAMA 

Tags: Piala MalaysiaSultan Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd