• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 11 Bulan Antara 2 Maut Nahas 3 Kereta Dekat Yan

oleh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bayi perempuan berusia 11 bulan antara dua maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Simpang Empat Ulu Sedaka menghala Pulau Bunting dekat Yan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar berkata dalam kejadian pukul 3 petang itu bayi berkenaan Dhiaannasha Mohamad Shaiful yang berada dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani kira-kira 9 malam tadi.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang maut, Nurizzatunhusna Mohd Aminudin Bakri, 24, yang menaiki kereta jenis Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tempat duduk penumpang hadapan dan mayatnya dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat.

Beliau berkata dalam insiden itu, kenderaan Honda Stream yang dipandu lelaki berumur 65 tahun, datang dari arah Ulu Sedaka dan sedang menghala ke Selengkoh, telah melanggar sebelah kiri kereta Proton Persona yang dalam perjalanan dari arah Guar Chempedak menghala ke Pulau Bunting.

“Akibat pelanggaran tersebut kereta Pesona itu berpusing manakala Honda Stream itu terbalik hingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Volkswagen Vento yang datang dari arah Selengkoh,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Katanya empat mangsa mengalami kecederaan parah iaitu pemandu dan penumpang belakang kenderaan Proton Persona serta pemandu dan penumpang wanita berusia 60 tahun kenderaan Honda Stream.

Bagaimanapun Shahnaz berkata pemandu kereta Volkswagen Vento berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa yang cedera parah itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd