• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Lion Air Berkecai Selepas Terhempas

oleh
06/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pesawat Lion Air disahkan berkecai akibat hentaman kuat selepas terhempas di permukaan laut di perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober lepas.

Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia (KNKT) Soerjanto Tjahjono berkata pesawat itu tidak meletup di udara, sebaliknya berkecai selepas terhempas di laut akibat kelajuan tinggi dan hentaman kuat.

“Pesawat itu meledak atau pecah (berkecai) selepas menyentuh air, serpihan-serpihan pesawat ditemui berselerakan di radius 250 meter di dasar laut,” katanya.

Setakat operasi pencarian pesawat itu yang memasuki hari ke-9 hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan-serpihan pesawat, enjin dan roda pesawat, barangan milik peribadi penumpang serta cebisan dan anggota mayat para penumpang.

Pada Khamis (1 November lepas), pasukan SAR menemui “perakam data penerbangan (FDR) pesawat, dan kini fokus pencarian adalah kepada sebahagian lagi kotak hitam pesawat itu iaitu “Cockpit Voice Recorder (CVR)”.

Operasi SAR yang menggunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar, menemui FDR itu kira-kira 500 meter dari koordinat pesawat itu terhempas.

Penerbangan JT610, yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal, terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 29 Okt pukul 6.20 pagi.

Operasi SAR itu turut mengorbankan seorang penyelam awam, Syachrul Anto, 48, seorang penyelam dari Indonesia Diving Rescue Team pada 3 November lepas akibat mengalami “decompression sickness“.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata fokus operasi kini bertumpu di koordinat yang ditemui alat FDR, namun menghadapi kesukaran berikutan isyarat ‘ping” dari CVR itu telah gagal dikesan sejak dua hari lepas.

“Setakat hari ini, 164 kantung (beg jenazah) telah dihantar ke Rumah Sakit Polis Indonesia untuk proses identifikasi, kantung itu terdiri daripada 429 cebisan anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Setakat ini juga, sebanyak 27 jenazah dikenalpasti menerusi ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA). – BERNAMA

Tags: Lion Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tunggu Laporan Pencerobohan Data Malindo Air

19/09/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata beliau sedang menunggu laporan lengkap berhubung kes pencerobohan data penumpang...

Indonesia Lancar Usaha Cari CVR Lion Air

08/01/2019
0

JAKARTA - Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baharu seawal hari ini untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat Lion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd