• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pakar Kimia Saudi Dihantar ‘Tutup’ Kes Bunuh Khashoggi

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Arab Saudi menghantar seorang pakar toksikologi dan seorang pakar kimia bagi menutup kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi sebelum polis Turki menggeledah konsulat Arab Saudi di negara itu, kata pegawai kanan Turki hari ini.

“Kami mempercayai bahawa dua individu datang ke Turki dengan bertujuan untuk menutup bukti pembunuhan Khashoggi sebelum polis Turki dibenarkan menggeledah bangunan itu,” kata seorang pegawai enggan nama disiarkan.

Bagaimanapun, pegawai itu mengesahkan satu laporan dalam akhbar Sabah yang menyatakan bahawa pakar kimia, Ahmad Abdulaziz al-Janobi dan pakar toksikologi, Khaled Yahya al-Zahrani antara sebuah pasukan yang dihantar daripada Arab Saudi dengan bertujuan untuk menyiasat pembunuhan terbabit.

Laporan itu menyatakan mereka melawat konsulat setiap hari sejak tiba pada 11 Oktober hingga 17 Oktober lalu.

Turki berkata, Khashoggi dibunuh di dalam konsulat pada 2 Oktober, bagaimanapun Arab Saudi hanya membenarkan polis Turki menggeledah konsulat pada 14 Oktober.

“Faktanya, pasukan ‘pembersihan’ dihantar daripada Arab Saudi, sembilan hari selepas pembunuhan itu dan pembunuhan Khashoggi adalah dalam pengetahuan pegawai tertinggi Arab Saudi,” tambahnya. –AFP/BH ONLINE

Tags: Arab SaudiJamal Khashoggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd