• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 1,642 Undi Di Sabah

oleh
05/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu di 25 cabang di Sabah yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam.

Cabang mengadakan proses pemilihan itu ialah Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Kota Marudu, Sandakan, Libaran, Batu Sapi, Tawau, Kalabakan, Keningau, Sipitang, Beaufort, Putatan, Penampang, Kimanis, Papar, Tenom, Pensiangan, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beluran, Kinabatangan, Silam, dan Semporna.

Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendahului Mohd Rafizi yang merupakan bekas Anggota Parlimen Pandan dengan majoriti 1,642 undi.

Mohamed Azmin yang merupakan penyandang jawatan itu memperoleh 11,466 undi, manakala Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mendapat 9,824 undi.

Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan menerusi laman sesawang itu turut menyaksikan Mohamed Azmin menang di 14 cabang iaitu Keningau, Libaran, Sepanggar, Sandakan, Beaufort, Tawau, Kalabakan, Kudat, Putatan, Papar, Ranau, Tenom, Beluran, dan Silam.

Mohd Rafizi pula menang di 11 cabang iaitu Kota Marudu, Tuaran, Batu Sapi, Kota Kinabalu, Sipitang, Kota Belud, Penampang, Kimanis, Pensiangan, Kinabatangan, dan Semporna.

Dalam kenyataannya menerusi laman sesawang itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) 2018 Datuk Rashid Din dipetik sebagai berkata JPP hanya akan memuktamadkan keputusan bagi kesemua 25 cabang di Sabah yang menjalankan proses pengundian itu setelah Peti Undi Ragu dibuka. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd