• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Seronok Trump Perbaharui Sekatan Iran

oleh Haris
05/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu menunjukkan rasa seronok dengan tindakan kerajaan Amerika Syarikat mengenakan semula sekatan terhadap Iran.

Pada Sabtu, Netanyahu menegaskan sokongan kuat terhadap tindakan kerajaan AS itu, yang kini sedang meningkatkan tekanan pada kerajaan Iran.

Pentadbiran Presiden Donald Trump mengenakan semula semua sekatan yang ditamatkan pada 2015 pada hari Jumaat.

Sekatan dikenakan ke atas Iran ditamatkan ekoran perjanjian nuklear antara negara itu dengan kuasa-kuasa besar dunia pada tahun 2015.

Netanyahu menentang kuat perjanjian itu yang dicapai semasa Barack Obama menjawat presiden Amerika Syarikat, tempoh yang juga menyaksikan hubungan agak dingin antara Israel dengan AS.

Kata Netanyahu, Trump telah membuat satu keputusan bersejarah dengan mengenakan semula sekatan terhadap Iran, yang didakwa sebagai “sebuah rejim pembunuh yang mengancam seluruh dunia.”

Dalam satu kenyataan, Netanyahu mengucapkan terima kasih pada Trump, dan mengatakan kesan sekatan itu sudah boleh dirasai.

“Riyal (Iran) sedang merosot, ekonomi Iran gawat dan kesannya amat jelas,” kata Netanyahu menyifatkan kejayaan sekatan itu.

Pentadbiran Trump mengenakan semula sekatan yang disasarkan pada industri perkapalan, kewangan, dan sektor tenaga Iran, tetapi mengecualikan lapan negara, membolehkan negara terbabit terus membeli minyak dari Iran.

Sementara itu, Kesatuan Eropah, Perancis, United Kingdom dan Jerman – pihak yang turut terlibat dalam perjanjian itu – mengecam tindakan AS memperbaharui sekatan terhadap Iran itu. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranIsrael
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd