• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadi Keliru, Pemimpin PH Isytihar Harta Atau Cuma Gaji?

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin melahirkan rasa keliru dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa telah melakukan pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimennya.

“Saya amat keliru yang kerajaan PH minta kepada semua menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen kerajaan untuk diisytiharkan, adakah pengistisytiharan harta atau cuma gaji, nampak macam pengisytiharan gaji…,” tulisnya dalam catatan di laman twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam memaparkan senarai pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimen di laman webnya.

Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta di https://mydeclaration.sprm.gov.my/, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencatatkan pendapatan tertinggi dalam kalangan mereka yang telah membuat pengisytiharan, dengan jumlah RM86,464.92, yang turut diisytihar dengan isterinya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menduduki tangga kedua, mengisytiharkan dirinya serta isteri dengan jumlah pendapatan RM77,629.68.

Dr. Mahathir yang membuat pengisytiharan bersama-sama isteri pula berada di kedudukan ketiga dengan jumlah pendapatan RM75,861.57.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang membuat pengisytiharan untuk diri dan suami pula mencatatkan jumlah pendapatan RM59,048.33, berada pada kedudukan ke-11.

Laman web tersebut turut menyebut, maklumat terperinci berkaitan dengan pemilikan harta akan dipaparkan apabila masalah teknikal diselesaikan.

Portal Pengisytiharan Harta yang dibangunkan SPRM itu disediakan untuk membolehkan perisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan anggota parlimen kerajaan dipaparkan kepada masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan untuk membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan. – MediaUMNO

Tags: Bung MoktarIsytihar Harta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perdana Menteri Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Jepun Selasa

Next Post

Janji Palsu PH Perdaya Orang Melayu

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

Next Post

Janji Palsu PH Perdaya Orang Melayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd