• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Maut, Dua Cedera Kereta Terbabas Ke Dalam Gaung

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Semambu di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, semua mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan penumpang belakang kereta Perodua Myvi tersebut.

Mereka yang maut ialah Akira Alinnatasya Mohd Jaafar, 16, Nur Alya Ariana Azman, 16, dan Mohd Rizal Zainuddin, 20, yang kesemuanya berasal dari Kemaman, Terengganu.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta gagal mengawal kenderaan yang dipandu laju semasa melalui jalan yang lurus dalam keadaan hujan.

“Kemalangan menyebabkan kereta itu yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Kemaman remuk secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata pemandu kereta Muhammad Firdaus Mohd Noor, 22, patah tangan kanan dan mengalami kecederaan dalaman dan kini menerima rawatan di zon kuning Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Beliau menambah seorang lagi lelaki yang cedera yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan sedang dirawat di zon merah hospital sama, namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Kamarulzaman berkata jenazah ketiga-tiga mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat hari ini, sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Kemaman.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd