• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perak Dahului Penerima Pingat Keputeraan Sultan Perak

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului 18 penerima Darjah Kebesaran Perak bersempena ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Perak dan Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak membawa gelaran Datuk Seri, yang disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta beberapa menteri kabinet dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sultan Nazrin juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk kepada 14 individu termasuk Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof. Dr Mohammad Shatar Sabran dan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Sultan Nazrin turut mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Datuk kepada dua penerima iaitu Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Pertahanan, Brigadier Jeneral Ir Chapiti Redzwan serta Ketua Bahagian Pentadbiran dan Penyelidikan, Maktab Polis Diraja Malaysia SAC Sum Chang Keong.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormat 106 pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja Dua Divisyen diketuai Mejar Faizal Fadhil.

Pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan 285 darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri bersempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang disambut Jumaat lepas.

Majlis penganugerahan darjah, bintang dan pingat lain akan disempurnakan pada 10 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd