• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cheng Hoe ‘Pening Kepala’ Pilih Pemain Piala AFF Suzuki 2018

oleh
04/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ‘pening kepala’ untuk menyenaraikan senarai akhir 23 pemain yang akan membawa cabaran negara dalam kempen Piala AFF Suzuki 2018 bermula 8 Nov ini.

Jurulatih yang berasal dari Kedah itu mengakui sukar untuk membuat pilihan bagi menentukan 23 pemain terbaik yang akan dibawa ke Phnom Penh untuk aksi pertama menentang Kemboja, apatah lagi bagi membarisi skuad 11 utama.

“Saya belum lagi muktamadkan senarai akhir pemain kerana agak sukar untuk gugurkan tiga pemain untuk menjadikan 23 pemain dan saya juga perlu melihat laporan perubatan tahap kecergasan setiap pemain,” katanya pada sidang media selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia bertemu Maldives malam tadi.

Ketika ini seramai 26 pemain berada dalam kem latihan pasukan negara yang sedang dalam persiapan untuk menghadapi kejohanan dwitahunan itu dan Cheng Hoe perlu menggugurkan tiga pemain sebelum berangkat ke Phnom Penh minggu hadapan.

Sementara itu, mengulas persembahan barisan pemainnya malam tadi, Cheng Hoe gembira dengan prestasi anak buahnya dan menyifatkan percaturan beliau menggandingkan pemain muda dengan pemain senior dilihat telah mula serasi.

“Saya cuba terapkan pemain kita untuk mulakan serangan dengan permainan dari bawah dan adakalanya kehilangan bola kerana diberi tekanan yang hebat pemain Maldives.

“Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dan semua pemain berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya dan saya kira skuad negara sudah bersedia untuk mengharungi cabaran dalam Piala AFF nanti,” katanya.

Harimau Malaya melepasi ujian awal sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Kemenangan tersebut sudah pasti menjadi tonik untuk skuad negara menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF menentang Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd