• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 3 Guru Minta Dan Terima Suapan

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga guru lelaki termasuk guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM5,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata suspek ditahan di sebuah restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, kira-kira 3.25 petang tadi.

“Ketika penahanan ketiga-tiga mereka, kita turut merampas wang tunai berjumlah RM5,000 di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati suspek seorang guru telah meminta dan menerima wang suapan daripada pengadu juga seorang guru sebanyak RM5,000 sebagai balasan untuknya meminta guru besar menyokong permohonan pengadu bertukar ke sekolah lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut yang dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata permohonan reman ke atas kesemua suspek berusia 35 hingga 52 tahun terbabit akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang esok. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd