• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabil Tak Akan Sorok Wajah Anak Kedua

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelawak Nabil Ahmad memberitahu dia sentiasa terbuka untuk berkongsi kegembiraan dan wajah anak yang bakal dilahirkan isterinya Nazirah Ayub kepada umum melalui laman sosial.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, sebagai selebriti dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi perkara itu buat tatapan peminat-peminatnya.

“Saya tidak pernah sorok anak kerana bagi saya peminat juga ingin kongsi kegembiraan itu. Mungkin ada artis yang mahukan privasi kepada anak mereka dan ia adalah hak masing-masing.

“Orang kenal kita dan tidak salah mereka untuk kenal anak kita juga,” ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Nabil berkata, isterinya bakal melahirkan pada 18 Mac ini secara pembedahan.

Jelasnya, kaedah tersebut dilakukan berikutan jadual kerjanya yang terlalu sibuk hingga menyebabkan terpaksa membuat persiapan awal buat isterinya.

“Bukan tidak boleh bersalin secara normal, namun jadual kerja saya yang terlalu sibuk membuatkan saya terpaksa buat persiapan awal.

“Selepas MLM 2014 jadual saya sibuk untuk beberapa bulan dan saya takut kalau dia bersalin secara normal ketika saya tiada di rumah,” ujarnya yang bakal menimang cahaya mata perempuan.

Tambah Nabil, dia kini sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi keduanya itu.

Katanya, dia masih akan mengekalkan nama Naira pada awal nama iaitu gabungan nama dia dan isteri dengan membawa maksud cahaya.

“Saya akan kekalkan nama Naira pada awal nama iaitu nama Nabil dan Zira, maksud Niara pun baik iaitu cahaya. Susah sebenarnya nak cari nama yang seusuai yang mana kalau boleh membawa maksud baik dan komersil sekali,” ujarnya.

Nabil dan Nazirah berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla yang berusia 2 tahun.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia kini sibuk dengan program lawak terbaharu iaitu Stand Up Comedy Malaysia yang merupakan idea asal untuk mencari pelapis pelawak.
Katanya, program realiti itu akan disertai seramai 10 orang peserta yang mempunyai kualiti sebagai seorang pelawak stand up.

“Sekarang kami dalam proses untuk program realiti ini yang mana saya tidak menyertainya sebagai peserta sebaliknya sebagai pengacara atau juri.

“Saya mahu mengetengahkan jenis komedi ini yang sudah popular di negara luar termasuk di negara jiran Indonesia. Buat masa ini masih mencari slot untuk bersiaran lagi,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Nabil Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nabil Minta Maaf Campak Tanjak

15/07/2019
0

“TIDAK menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita, terutama sekali tanjak yang saya pakai,” luah pelakon, pelawak...

Nabil Bersyukur Diiktiraf Pengacara Terbaik Asia

20/10/2018
0

TAHNIAH... Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila terima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards berlangsung di Cannes,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd