• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 14 Tahun Dakwa Dirogol 3 Pelajar 17 Tahun

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Seorang remaja perempuan mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga pelajar lelaki berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini lebih tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa yang juga pelajar sekolah berusia 14 tahun keluar bersama salah seorang suspek yang juga rakan sekolahnya lewat malam semasa hari kejadian.

Katanya, mangsa pada mulanya bersetuju untuk keluar makan dan bersiar-siar, namun suspek bertindak membawanya ke sebuah pangsapuri sebelum dirogol bersama dua lagi rakannya.

“Mangsa juga mendakwa telah diugut oleh salah seorang suspek untuk disebarkan rakaman bogelnya sekiranya enggan menuruti kemahuan mereka,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Anbalagan, laporan polis mengenai kejadian yang berlaku sekitar bulan Julai itu kemudian dibuat kira-kira pukul 10.06 malam kelmarin.

Katanya, hasil soal siasat terhadap mangsa mendapati, remaja perempuan itu tidak mempunyai teman lelaki dan itu merupakan kali pertama dia melakukan hubungan seks.

Beliau berkata, mangsa juga tidak pasti mengenai kewujudan rakaman video yang didakwa oleh suspek kerana tidak pernah melihat video tersebut.

“Ketiga-tiga suspek merupakan pelajar tingkatan lima yang belajar di sekolah yang sama iaitu di Bayan Lepas dan akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tidak lama lagi.

“Mereka kini direman sehingga Isnin ini selepas ditahan sejak awal pagi semalam,” katanya yang memberitahu, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam pada itu, Anbalagan turut menasihati ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tags: kes rogolpelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd