• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bakal Bangkit Kembali Harimau Asia

oleh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu Pakatan Harapan berusaha keras meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat, memulihkan kekuatan fiskal dan melaksanakan pelbagai pembaharuan institusi bagi menambah baik ketelusan dan akauntabiliti yang penting kepada Malaysia untuk bangkit kembali sebagai ‘Harimau Asia’.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perubahan struktur seumpama itu akan memastikan pertumbuhan mampan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan dan juga akan mentransformasikan Malaysia daripada kleptokrasi global kepada demokrasi yang berasaskan peraturan.

Beliau berkata, hanya kerajaan yang berasaskan peraturan menumpukan kepada pembaharuan institusi, pertumbuhan ekonomi mampan dan kesejahteraan ekonomi rakyat boleh menyediakan kejelasan, kepastian dan keyakinan, yang diperlukan bagi persekitaran perniagaan yang kondusif yang boleh memupuk keyakinan dalam kalangan orang ramai dan pelabur.

“(Terutamanya) objektif meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat hanya akan bermakna jika kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan dan beban kos sara hidup dapat dibendung,” katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Inisiatif utama berpaksikan rakyat yang telah diambil bagi mencapai matlamat tersebut adalah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar pada Jun higgga Ogos 2018 dan kemudiannya dimansuhkan pada 1 September sebelum digantikan dengan dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang kurang membebankan.

“Walaupun hasil kerajaan Persekutuan akan berkurangan sebanyak RM17 billion pada 2018, namun langkah tersebut telah membantu mengurangkan beban cukai, mengawal kenaikan harga serta meningkatkan kuasa beli rakyat.

“Bagi mengoptimumkan perbelanjaan dan sumber awam, Kerajaan telah menyusun semula semua kementerian dan agensi. Pentadbiran Kerajaan juga akan ditadbir berdasarkan kepada prinsip kecekapan, akauntabiliti, dan ketelusan bagi melindungi kepentingan negara dan memastikan masa depan sektor awam bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.

Menurut Lim, Inisiatif ini serta pelbagai pembaharuan institusi seperti pengasingan peranan antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap kerajaan.

Pada peringkat global, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjur Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global berkembang 3.7 peratus pada 2018 dan 2019 meskipun berhadapan pelbagai cabaran akibat daripada perang perdagangan, harga komoditi yang turun naik, ketidaktentuan pasaran kewangan dan ketegangan geopolitik.

Beliau berkata, walaupun berhadapan dengan situasi perang perdagangan, Malaysia perlu meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan yang selamat bagi syarikat asing seiring dengan pendirian ASEAN sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali.

“Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.9 peratus pada 2019 dengan pertumbuhan dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Pertumbuhan ini adalah lebih tinggi berbanding jangkaan 4.8 peratus pada 2018,” kata Lim.

Malaysia, katanya, akan terus mengamalkan dasar perdagangan dan pelaburan terbuka bagi mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi, menarik pelaburan strategik, mewujudkan pekerjaan mahir di samping meraih peluang daripada Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0). – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd