• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Jeffrey Kekal Kerusi Parlimen Keningau

oleh
01/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Parti Solidariti Tanahairku (STAR Sabah) bagi kerusi Parlimen Keningau di Sabah selepas menolak petisyen yang difailkan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagai kawasan parlimen itu.

Hakim P. Ravinthran membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anggota Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon Warisan, Jikulin Nointin @ Anastasius.

Susulan keputusan itu, Ravinthran turut memerintahkan Jikulin membayar kos RM10,000 kepada Jeffrey, yang juga presiden STAR Sabah.

Dalam permohonan itu,Jeffrey menamakan Jikulin sebagai responden tunggal.

Pada Jun lalu, Jikulin memfailkan petisyen pilihan raya itu untuk menuntut perintah mahkamah bagi mengisytiharkan kemenangan Jeffrey pada kerusi Parlimen Keningau sebagai tidak sah.

Jeffrey diwakili oleh peguam ​​​​​​​Tengku Fuad Tengku Ahmad dan Henry Gudid manakala Jikulin oleh Benjamin Chin dan Chong Kian Ming.

Pada PRU14, 9 Mei lalu, Jeffrey memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti tipis 45 undi dalam pertandingan enam penjuru.

Jeffrey memperoleh 13,286 undi manakala Jikulin mendapat 13,241 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Daniel Kinsik dari Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh 12,742 undi.

Calon lain Juis Awang dari Parti Cinta Sabah (PCS) memperoleh 433 undi manakala dua calon Bebas, Maimin Rijan dan Justin Guka masing-masing mendapat 248 dan 199 undi. – BERNAMA

Tags: jeffrey kitingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

COVID-19: Jeffrey Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan

25/11/2020
0

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh...

Richrard Riot Sertai PKR, Jeffrey Kitingan Sokong Mahathir

29/02/2020
0

AHLI Parlimen Serian, Richard Riot Jaem, dilaporkan menyertai PKR hari ini. Hal itu dinyatakan melalui Facebook rasmi PKR sebentar tadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd