• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Balik Jet Jho Low Jika Berbaloi – Mahathir

oleh
01/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha membawa balik jet peribadi milik ahli perniagaan yang sedang dicari Low Taek Jho, atau Jho Low, hanya akan dilakukan sekiranya ia berbaloi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat memberi kebenaran kepada penjualan Bombardier Global 5000 jet bernilai US$35 juta yang berada dibawah jagaan pihak berkuasa Singapura sejak 2017.

“Jika berbaloi, barulah kita bawa ia balik,” katanya kepada pemberita semasa ditanya berhubung perkara itu ketika ditemui dalam satu majlis rasmi di sini hari ini.

“Kita tidak tahu sekiranya ia berbaloi atau tidak. Pesawat itu tidak boleh terbang sekarang,” katanya dengan merujuk kepada pesawat yang kini diletakkan di Lapangan Terbang Seletar di Singapura.

Sementara itu semasa menjawab soalan sekiranya bekas pegawai PetroSaudi International Ltd Xavier Justo akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata perkara itu seharusnya diserahkan kepada pendakwaraya sekiranya mereka memutuskan dia mempunyai bukti yang relevan untuk dikongsi. – BERNAMA

Tags: Jho LowMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd