• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPLB Perlu Kreatif Dalam Kewangan Terhad – Rina

oleh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menggunakan kaedah lebih kreatif dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan luar bandar dapat dibekalkan, dalam keadaan kewangan negara yang terhad.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kementerian berusaha memenuhi tanggungjawab kepada rakyat, terutama meneruskan projek-projek yang memberi kesan secara langsung kepada masyarakat luar bandar.

“Dengan keadaan kewangan negara sangat terhad, tapi dalam masa sama kita ada tanggungjawab untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat, maka kita perlu lebih kreatif, kita kena kurangkan ketirisan dan pembaziran.

“Kaji semula projek-projek yang sedang dilaksanakan dan kita lihat boleh buat penjimatan lima hingga 10 peratus, serta dalam masa yang sama memperkukuhkan penyelarasan antara kerajaan negeri dengan pusat.

“Kita amat berharap semua yang dipohon dalam Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan esok, diluluskan demi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat luar bandar,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, di sini.

Rina bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah peruntukan yang dipohon KPLB. Belanjawan 2019 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, esok.

Mengulas lanjut, katanya dengan keadaan ekonomi negara yang tidak begitu memberangsangkan ketika ini, ditambah saranan kerajaan untuk berjimat cermat, kementeriannya terbuka untuk bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan yang mampu menawarkan projek pembangunan dengan harga lebih murah namun tidak menjejaskan kualiti.

“Kita akan mengkaji jika projek-projek seperti pembinaan rumah, jalan, sistem bekalan air terutamanya di kawasan pedalaman dengan kualiti tinggi tetapi kos yang murah ini boleh dilaksanakan, terutamanya di kawasan terpencil seperti di kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak serta di tempat-tempat yang lain, kenapa tidak,” katanya.

Anggota Parlimen Titiwanga itu berkata bajet kali ini fokus pada pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik di luar bandar, selain mengadakan program pendidikan dan keusahawanan, dua elemen penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, terutama mereka yang masih berada di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, katanya, hampir 50 peratus bajet yang akan diterima nanti, diperuntukkan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak yang memerlukan kos projek lebih tinggi berikutan faktor geografi kedua-dua negeri itu.

“Kita ada pelan khas untuk Sabah dan Sarawak, kita jamin selepas ini kedua-dua negeri ini takkan ketinggalan dari segi pembangunan, sebab yang ketinggalan itu disebabkan banyak birokrasi, tak ada kerjasama yang baik, kalau nak cepatkan (pembangunan di Sabah dan Sarawak) maka kena ada kerjasama yang baik di antara kerajaan negeri dan pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rina Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

07/11/2022
0

SEPANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyangkal ada mengelap tangan di pakaian ibunya,...

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd