• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019 Diharap Utama Isu Rumah Di P.Pinang

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap kerajaan persekutuan memberi lima penekanan pembangunan perumahan di negeri ini dalam pembentangan Bajet 2019 yang dijadual dibentang esok.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata antara penekanan itu ialah menyediakan lebih banyak program perumahan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Pulau Pinang.

“Kami mahu kerajaan pusat untuk mewujudkan lebih banyak program perumahan persekutuan di negeri ini kerana kami sudah mengusulkan perkara itu di pihak kementerian sejak kerajaan terdahulu lagi namun tidak diberi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata selain mewujudkan lebih banyak unit perumahan di bawah rancangan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri berharap agar lebih banyak rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibina di negeri ini.

“Di Pulau Pinang, hanya ada 999 unit PPR berbanding 110,000 unit yang terdapat di seluruh negara walaupun pelbagai cara telah kami kemukakan kepada kerajaan terdahulu.

“Di bawah kerajaan Pakatan Harapan, atas permintaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami telah mengenal pasti 10 lot tanah yang secara keseluruhannya seluas 62.46 ekar (9.89 hektar) untuk dipertimbangkan bagi membina lebih banyak PPR di semua lima daerah di negeri ini,” katanya.

Jagdeep turut berharap agar permohonan tertunggak di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) dapat diluluskan dan diberi keutamaan oleh kerajaan persekutuan.

“Ini kerana Pulau Pinang jelas telah diketepikan apabila daripada 143 permohonan, hanya 28 permohonan diluluskan manakala 115 permohonan pada kos RM66.4 juta, masih belum diluluskan,” katanya.

Bajet 2019, yang pertama untuk kerajaan Pakatan Harapan, dijadual dibentang di Parlimen esok. – BERNAMA

Tags: Bajet 2019Perumahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah Defisit Negara – Najib

24/10/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji apabila jumlah defisit...

Kerajaan Tak Beri Kerakyatan Orang Luar Beli Rumah

14/10/2019
0

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 bertujuan mengurangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd