• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asing Lembaga Urus Harta Akan Wujud Fungsi Tindih

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuk menubuhkan lembaga berasingan bagi pengurus hartanah kerana ini akan mewujudkan fungsi bertindih.

Ahli Lembaga Pengarah Kanan LPPEH, Kamaruzaman Jamil berkata, mengikut Akta 242 di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, lembaga pengurus harta tanah sudah pun ditubuhkan secara berasingan daripada lembaga penilai, pentaksir dan ejen harta tanah, yang membolehkan LPPEH mengawasi pengurus hartanah termasuk hakmilik strata dan bukan strata seperti kompleks pejabat, kompleks komersial, pangsapuri, kondominium dan lain-lain.

“LPPEH juga ingin menjelaskan persepsi bahawa pengurus harta nahperlu didaftarkan di bawah penilai berdaftar adalah tidak betul.

“Penilai berdaftar boleh menubuhkan syarikat mereka sendiri dan mengamalkan pengurusan hartanah mereka sendiri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kamaruzaman mengulas laporan berita baru-baru ini yang menyatakan bahawa Institut Pengurus Hartanah Profesional dan Pengurus Kemudahan Malaysia (MIPFM) telah mencadangkan pengurusan hartanah dan kemudahan agar mempunyai lembaga yang berasingan bagi ejen hartanah.

Menurutnya, oleh kerana LPPEH ditubuhkan untuk melindungi kepentingan awam, lembaga itu diwakili oleh pelbagai pihak berkepentingan daripada pelbagai disiplin, termasuk MIPFM dan Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

“Kami mempunyai hampir 3,000 ahli berdaftar, termasuk 1,414 ahli baru dalam tempoh sehingga 31 Disember 2018. Tetapi kami menjangka lebih daripada 6,000 ahli kerana permohonan biasanya datang pada minit terakhir,” kata Kamaruzaman.

Sementara itu, bekas Presiden MIPFM, Ishak Ismail berkata, pandangan yang disuarakan Presiden MIPFM, Sarkunan Subramaniam boleh jadi pendapat peribadinya kerana perkara itu tidak dibincangkan pada mana-mana mesyuarat.

“Dari segi kewangan, kita tidak boleh mempunyai lembaga secara berasingan kerana ini melibatkan wang awam, oleh sebab itu ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

“Selain daripada pertindihan dan pembaziran sumber, ia juga akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai mengenai di mana mereka boleh menyalurkan pertanyaan dan masalah mereka,” kata Ishak. – BERNAMA

Tags: FungsiLPPEH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menarik! Kegunaan Gel Silika Yang Anda Mungkin Tak Tahu

29/12/2015
0

GEL silika, pasti ramai mengetahui tentang gel yang berada dalam bungkusan kecil ini. Ianya mudah didapati dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd