• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICERD Rugikan Melayu

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, pemeterian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), hanya akan merugikan Melayu jika ditandatangani.

Katanya, jika ia dimeterai mungkin akan memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan kita, khususnya Perkara 153.

“Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, jika ia dimeterai kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum.

“Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan,” tegasnya.

Jelasnya, konvensyen ini antara lain menghendaki negara pihak menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik; hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara; hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula; hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama-sama orang lain; hak untuk mewarisi harta; hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain-lain.

“Semuanya sudah pun diperuntukkan dalam Perlembagaan kita. Kita tidak ada masalah dengannya,” katanya.

Sementara itu katanya, di peringkat dalam negera, kita kena melaksanakannya, termasuk mengubah dasar kita, misalnya Universiti Teknologi Mara (UiTM) mestilah dibuka kepada semua.

“Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak disahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak itu, dihapuskan.

“Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Maka, mereka menuntut supaya Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan,” katanya.

Jelasnya, apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu, yang telah termaktub dalam Perlembagaan itu, akan terpaksa dimansuhkan.

Dalam pada itu katanya, beliau tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita.

Konvensyen ICERD telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan (ratified) mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969.

Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel. – Sinar Harian Online

Tags: ICERDOrang Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

19/11/2022
0

KITA faham mungkin ada di kalangan orang Melayu ada ketidakpuasan hati dengan individu tertentu dalam BN/UMNO. Namun, mengundi untuk memilih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd