• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuil Yahudi Terus Jadi Sasaran

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Kuil Yahudi di California diconteng dengan grafiti anti-Semitik, kata polis semalam, dalam serangan yang berlaku beberapa hari selepas 11 ditembak mati di kuil di Pittsburg.

Presiden lembaga kuil Yahudi Beth Jacob, Allen Berezovsky, berkata kakitangannya menemui kesan vandalisme itu awal pagi semalam.

Beliau memberitahu perkataan lucah ‘Yahudi’ disembur di tembok berwarna putih bangunan berkenaan.

Berezovsky berkata, rakaman keselamatan menunjukkan seorang individu memakai hud, kaca mata hitam dan topeng muka pembedahan melompt masuk pagar sekitar jam 1.18 pagi waktu tempatan dan kemudian meninggalkan bangunan itu dengan basikal yang dicuri di premis berkenaan.

“Jabatan Polis Irvine dan pasukan keselamatan sudah memeriksa keseluruhan kemudahan dan tiada apa ditemui selain grafiti.

“Kami akan terus melakukan apa yang mampu untuk menjadikan kampus ini lebih selamat dan akan mempromosikan mesej bahawa kami lebih kuat berbanding kebencian,” katanya dalam kenyataan.

Jurucakap polis, Kim Mohr, berkata suspek tidak dikenal pasti dan rondaan dipertingkatkan di semua kemudahan Yahudi di bandar raya itu.

“Ini serangan luar biasa. Ia bukan jenis jenayah biasa di Irvine,” kata jurucakap polis. — AFP/BH ONLINE

Tags: kuilYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mendakwa kerajaan Perlis pimpinan Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd