• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Ada Keadilan Perbincangan MA63 – Abang Johari

oleh
31/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu memberi keadilan kepada Sarawak yang juga rakan kongsi semasa negara ini ditubuhkan, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata jumlah keanggotaan Jawatankuasa Pemandu perlu dibuat secara adil dengan meletakkan jumlah yang sama mewakili Sarawak, Sabah dan kerajaan persekutuan.

“Banyak hak-hak kita (Sarawak) telah terhakis, saya telah minta dan tulis surat kepada kerajaan persekutuan, kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) supaya ada keadilan dalam kita hendak menyelesaikan MA63. Kalau benarlah kita sebagai rakan, number (bilangan) mestilah adil Sarawak lima, Sabah lima dan kerajaan Persekutuan lima.

“Perbincangan mengenai MA63 juga meliputi obligasi kewangan oleh kerajaan persekutuan kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Persekutuan Perlembagaan.

“Segala perbincangan mengenai MA63 ini dapat beri kesan kepada pembangunan di Sarawak termasuk kepada masyarakat Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan penangguhan Seminar Budaya Melayu Sarawak Ketujuh, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datuk Dr Sanib Said.

Jawatankuasa Pemandu bagi mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63 dianggotai oleh 16 anggota iaitu lima wakil dari Sabah, tiga dari Sarawak dan lapan daripada Semenanjung Malaysia.

Mengulas mengenai seminar tersebut, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan mengambil maklum 70 resolusi yang diluluskan semasa seminar tersebut.

“Kita ambil perhatian dengan resolusi yang diluluskan. Penganjuran seminar ini adalah antara cara untuk kita mendapatkan maklum balas kehendak masyarakat Melayu di negeri ini,” katanya.

Seminar tiga hari itu dihadiri 1,000 peserta yang diadakan sebagai platform perbahasan untuk masyarakat Melayu negeri ini menyuarakan pandangan mereka. – BERNAMA

Tags: MA63
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

Sebahagian Besar MA63 Diselesaikan – PM

Sebahagian Besar MA63 Diselesaikan – PM

22/01/2023
0

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya diselesaikan. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd