• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wany Hasrita Hadiahkan Ibu Kereta

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Wany Hasrita yang menerima kereta Citroen C4 Picasso L2 sebagai ganjaran kemenangan menghadiahkan kenderaan itu buat ibu tersayang, Norita Jaafar.

Wany berkata, kemenangannya pada malam kemuncak ABPBH 31 lalu lebih bermakna apabila dapat berkongsi kegembiraan itu bersama insan yang banyak berjasa membesarkannya selama ini.

“Kereta yang dimenangi ini dihadiahkan kepada ibu yang menjadi idola dan tulang belakang kekuatan saya sejak dulu. Rezeki daripada kemenangan itu juga memudahkan pergerakan ibu untuk menjalani rutin harian.

“Alhamdulillah, rezeki ini dapat kami kongsi bersama selepas mengharungi susah dan senang. Lagipun, ibu belum membenarkan saya untuk memandu sendiri kerana bimbangkan keselamatan,” katanya.

Wany atau nama sebenarnya, Nur Shazwany Hasrita Hasbullah, 25, menerima hadiah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Euro Motors Sdn Bhd, Yasser Awan disaksikan Pengarang Eksekutif BH merangkap Penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Yang turut hadir Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Pengelola ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir.

Pada malam kemuncak ABPBH 31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 7 Oktober lalu, Wany meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997, sekali gus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

Wany yang popular dengan lagu Menahan Rindu menafikan pencabar terdekatnya, Khai Bahar, selain menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

Menerusi kemenangan itu, Wany yang juga lulusan Sarjana Muda Sains Perubatan, Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam itu membawa pulang hadiah utama, kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM126,000 berserta trofi.

Wany turut mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular, menghampakan pemenang edisi lalu, Siti Nordiana yang memberikan saingan sengit untuk membuktikan pengaruhnya di mata peminat. – BH Online

Tags: hadiah keretaWany Hasnita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Nak ‘Tackle’ Wany, Kena Datang Jumpa Ibu”

14/11/2017
0

NAMA, Wany Hasrita mungkin tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air. Penyanyi kelahiran FMC Music ini berjaya memukau...

“Saya Beli Apa Yang Patut, Tak Mahu Bazir” – Wany

12/11/2017
0

WALAUPUN namanya kini semakin dikenali, namun itu tidak membuatkan penyanyi berbakat besar, Wany Hasrita perlu hidup bermewah-mewah. Nurshazwany Hasrita Hasbullah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd