• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICERD: Rundingan Semua Kaum Sebelum Ratifikasi

oleh
31/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum Malaysia meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana menteri mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum masing-masing dengan kepentingan tertentu.

“Kita akan tandatangani setelah rundingan dengan semua kaum di Malaysia. Perkara ini bukan mudah bagi Malaysia kerana terdapat pelbagai kaum yang masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Polisi Kebangsaan Mengenai Industri 4.0, atau Polisi Industri4WRD, di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia akan meratifikasi ICERD serta lima triti lain berkaitan hak asasi manusia seawal suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, kenyataannya itu menimbulkan keresahan beberapa pihak antara lain berhubung kemungkinan terhakisnya hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak menetapkan tarikh untuk meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sungguhpun telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas pelbagai hala itu.

Perdana menteri berkata ini kerana kerajaan perlu mengkaji dengan teliti perjanjian itu bagi memastikan ia tidak akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi.

“Saya tidak dapat menyatakan tarikh yang tepat, bagaimanapun kami sedang meneliti perkara ini,” katanya.

CPTPP adalah penjenamaan semula perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada pakatan itu tahun lepas.

Perjanjian CPTPP menggabungkan 11 ekonomi Asia-Pasifik– Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam – yang menyediakan akses lebih bebas dalam perdagangan serta pelaburan kepada kalangan anggotanya. – BERNAMA

Tags: ICERDMahathir Mohamad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd