• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calderon Wanita Latin Pertama Pandu Jentera F1

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO CITY – Pelumba Colombia, Tatiana Calderon menjadi wanita pertama dari benua Amerika Latin memandu jentera Formula Satu (F1) sebagai memenuhi jemputan rasmi dalam acara promosi pasukan Sauber di sini, hari ini.

Pelumba GP3 berusia 25 tahun itu dilantik sebagai pemandu ujian Sauber pada Mac lalu selepas setahun memainkan peranan sebagai pemandu pembangunan, namun akhirnya dia diberi peluang menguji jentera F1.

“Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya sebaik berada di dalam jentera, rasa seperti tidak mahu kembali menggunakan jentera GP3,” kata Calderon.

Bagaimanapun, pasukan itu hanya dibenarkan menekan pedal untuk jarak 100km – bersamaan 23 pusingan Grand Prix Mexico.

“Sejak mula berlumba, impian saya hanya untuk beraksi di pentas tertinggi,” katanya sebaik diumumkan berpeluang menguji jentera C37 di litar Hermanos Rodriguez.

Calderon yang ditaja oleh syarikat Mexico Telmex, menjadi wanita pertama berpeluang memandu jentera F1 terkini sejak pelumba Britain, Susie Wolff yang bersara pada tahun 2015 selepas mengambil bahagian dalam dua sesi ujian buat Williams.

Pelumba Colombia itu menaruh harapan untuk bertanding dalam Formula Dua (F2) musim depan.

Kali terakhir F1 mempunyai pemandu wanita dalam grand prix ialah pada tahun 1976 menerusi Lella Lombardi dari Itali. – REUTERS

Tags: F1wanita latin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piastri Ungguli GP China

Piastri Ungguli GP China

23/03/2025
0

SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri bangkit daripada kekecewaan perlumbaan pembukaan musim di laman sendiri dengan memenangi Grand Prix China untuk...

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd