JOHOR BAHRU – PPBM diminta membuka keahlian parti itu kepada kaum bukan Melayu jika mahu melenyapkan ketuanan Melayu di negara ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Md. Shah berkata, perkara itu susulan tindakan Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilihat bercelaru dalam asas ketuanan Melayu.
“Jika perkara asas ini pun mereka sudah celaru, janganlah diangkat perkataan ‘Pribumi’, bukalah sahaja keahlian PPBM itu kepada bukan Melayu jika mahu melenyapkan ketuanan Melayu dari bumi Malaysia ini.
“Adakah Ketua Armadanya tidak sealiran pemikiran dengan Pengerusinya dalam soal menjaga orang Melayu, yang dikatakan konon mampu lebih baik berbanding UMNO?” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

