• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Mengaku Bersalah Pertuduhan Liwat

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berumur 16 tahun di dalam tandas sebuah pusat sukan di sini, dua minggu lepas.

Tertuduh yang berusia 14 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof di dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Remaja itu didakwa melakukan perbuatan keji itu di dalam tandas sebuah pusat sukan di Taman Cantik, di sini pada 9 pagi, 18 Okt lepas mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Dis ini untuk jatuh hukum dan membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut fakta kes, tertuduh kerap melakukan perbuatan keji itu ke atas mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai serta mengugut akan memukul mangsa jika menolak kemahuan tertuduh.

Mangsa kemudiannya menceritakan perkara itu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis pada 24 Okt lepas. – BERNAMA

Tags: kes liwatremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd