• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taiwan Expo 2018 Tarik 23,000 Pelawat

oleh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taiwan Expo 2018 menarik lebih 23,000 pelawat dan menjana peluang perniagaan kira-kira NT$1.5 bilion (US$48.42 juta/RM202.25 juta).

Biro Perdagangan Luar dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA), penganjur ekspo tiga hari itu yang berakhir pada Sabtu, dalam kenyataan bersama hari ini berkata pelancongan dan makanan merupakan antara bidang yang mendapat perhatian.

Seribu salinan buku kupon Taiwan di Pavilion Pelancongan Taiwan telah habis direbut pengunjung pada sebelah pagi hari kedua ekspo itu.

“Seperti yang dijangka, sesi merasa makanan mendapat sambutan pelawat dan respons kepada Ekspo Flora Dunia Taichung yang akan berlangsung pada November amat menggalakkan dan melangkaui jangkaan,” kata kenyataan itu.

Pavilion Produk Hijau Taiwan yang disesuaikan dengan keperluan pembangunan industri hijau Malaysia juga mencatat hasil cemerlang.

Antara yang mendapat perhatian ialah Queen Yun Green Power Technology Co Ltd, syarikat mengkhusus dalam bahan bangunan hijau, termasuk jubin penebat haba dan penjimatan tenaga yang menerima pertanyaan 17 pembeli pada hari pertama sahaja.

Produk basikal Taiwan juga menarik ramai pengunjung dan peserta pameran menerima pesanan untuk sampel pada hari pertama ekspo itu daripada pengedar yang ingin membawanya ke pasaran New Zealand.

Lima seminar dan lima acara sampingan turut diadakan bersempena pameran itu, menarik 50 pengusaha e-dagang Malaysia, termasuk syarikat berpengaruh seperti MCIL Multimedia Sdn Bhd dan platform popular 11th Street untuk membincangkan potensi hubungan kerja masa depan dengan Accupass.

Taiwan Expo 2018 di Malaysia berakhir cemerlang dan TAITRA akan terus bekerjasama dengan Biro Perdagangan Luar pada tahun depan.

Terdapat rancangan untuk ke bandar-bandar lain di Indonesia, India, Filipina, Vietnam dan Malaysia untuk memperluaskan skop dan mencapai tahap kerjasama yang lebih baik dengan rakan-rakan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Taiwan Ekspo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd