• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Deepak Diarah Serah Notis Kepada Najib Dan 7 Yang Lain

oleh
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan ahli perniagaan, J. Deepak untuk menyampaikan notis pihak ketiga kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tujuh yang lain dalam kes saman yang difailkan oleh keluarga penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam.

Notis berkenaan bagi permohonan Deepak untuk memasukkan semula lapan individu berkenaan, selaku defendan, dalam kes saman tersebut oleh keluarga mendiang Balasubramaniam, yang lebih dikenali sebagai P.I. Bala.

Peguam K. Vinod, yang mewakili Deepak, 46, memberitahu media bahawa pada 25 Julai lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan oleh lapan defendan itu kecuali Deepak untuk membatalkan saman berkenaan yang difailkan oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan tiga anaknya.

“Oleh kerana defendan kini terkeluar daripada saman ini, anak guam saya, Deepak, tidak mempunyai pilihan kecuali mengambil tindakan prosiding pihak ketiga untuk memasukkan semula defendan.

“Ini akan memberi kami pemahaman yang lebih baik kepada keseluruhan tuntutan itu,” katanya selepas prosiding pengurusan kes di kamar Hakim Datuk Azimah Omar.

Beliau berkata pihaknya diarah menyampaikan notis berkenaan kepada semua defendan yang terbabit dan menetapkan 23 Nov ini bagi pengurusan kes selanjutnya mengenai status terkini berhubung penyampaian notis berkenaan.

Peguam itu berkata mahkamah mengarahkan pihaknya menyampaikan dokumen-dokumen berkaitan sebelum hakim boleh memberikan kebenaran untuk prosiding pihak ketiga.

Selain Najib, tujuh defendan lain adalah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor adik Najib, Datuk Mohd Nazim dan Datuk Ahmad Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham,Sunil Abraham dan Arulampalam Mariampillai serta Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat.

Pada 23 Julai 2017, Santamil Selvi bersama tiga anaknya – B. Kishen, B. Menaga dan B. Reeshi memfailkan saman kedua bagi pihak mendiang dengan menamakan kesemua individu sama sebagai defendan.

P.I. Bala merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. P.I. Bala meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013, beberapa minggu setelah pulang dari India.

Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi dan anaknya mendakwa mereka terpaksa hidup dalam buangan di India selama 56 bulan mulai 4 Julai 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam dalam akuan bersumpah keduanya dalam kes pembunuhan Altantuya.

Santami Selvi dan anak-anaknya memohon ganti rugi berjumlah RM840,000 termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.

Pada 30 Jan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan oleh lapan defendan berkenaan untuk membatalkan saman kedua itu oleh Santamil Selvi.

Bagaimanapun, defendan berjaya dalam rayuan mereka selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu. – BERNAMA

Tags: DeepakNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd