• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan KPF 2018 Pupuk Kewartawanan Keamanan

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL (Korea Selatan) – Ketika Korea Selatan dan Utara berusaha mengakhiri persengketaan, wartawan di seluruh dunia berperanan besar memupuk fahaman kewartawanan keamanan untuk menggalakkan kedamaian antara kedua-dua negara.

Persidangan Kewartawanan Korea Press Foundation (KPF) 2018 yang bermula hari ini, satu sesi khas membincangkan mengenai kewartawanan keamanan di Semenanjung Korea diadakan dan kebanyakan ahli panel bersetuju pentingnya bagi wartawan untuk terbabit dengan disiplin kewartawanan keamanan.

Kewartawanan keamanan adalah bentuk laporan yang menunjukkan latar belakang dan konteks konflik yang variasi; Mendengar semua pihak; menerokai agenda tersembunyi; dan menonjolkan idea serta inisiatif kedamaian di mana dan pada bila-bila masa.

Pada perbincangan itu, Profesor terkenal dari Universiti Yonsei, Dr Moon Chung-in berkongsi empat saranan kepada wartawan untuk terlibat dalam kewartawanan keamanan.

Katanya, saranan pertama, ia bukan bertujuan menyerang (mengancam dan memberikan gambaran tidak baik) Korea Utara, kerana negara komunis sering diberikan laporan yang kontroversi.

“Jika kita menyerang mereka (Korea Utara), pemimpinnya akan menjadi lebih jahat dan orang jahat susah untuk berunding,” katanya.

Moon, yang juga penasihat khas kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, wartawan perlu menetapkan keutamaan dan pastinya ia berhubung penyelesaian isu nuklear dan peluru berpandu.

Ujarnya, jika isu itu dapat diselesaikan, kepercayaan dapat diwujudkan oleh itu isu lain termasuk hak asasi manusia boleh diselesaikan dengan mudah.

Syor lain yang turut diutarakan ialah memastikan wartawan realistik dan praktikal; mengelakkan pendekatan yang keras dan sepihak.

Moon adalah perwakilan khas untuk Sidang Kemuncak Pyongyang pertama pada tahun (2000), kedua (2007) dan ketiga (2018).

Beliau berkata keamanan dan peperangan boleh menjadikan kewartawanan berfungsi dan melaporkan secara objektif bagi memupuk kedamaian, manakala penulisan yang menyimpang akan mencetuskan ketidakpercayaan, salah faham serta konflik.

Perbincangan selama dua jam itu juga membincangkan mengenai cabaran pihak media untuk mencegah liputan yang berat sebelah.

Seorang wartawan Biro CNN Seoul, Paula Hancocks merangkap ahli panel berkata, bukan mudah dan suatu cabaran untuk mendapatkan maklumat serta pengesahan dari Korea Utara.

Disebabkan kesukaran mendapatkan kerjasama, banyak berita palsu mengenai negara itu telah tersebar yang mempengaruhi persepsi rakyat terhadap Korea Utara.

Persidangan dua hari bertemakan, ‘Amanah, Teknologi dan Khalayak’ bertujuan mendidik para wartawan dalam era digital.

Kira-kira 150 wartawan tempatan dan antarabangsa menyertai persidangan itu. – BERNAMA

Tags: kewartawananpersidangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ada Portal Berita Tempatan Dimiliki Warga Asing

22/01/2020
0

SHAH ALAM - Sebuah firma perunding komunikasi media dan pemasaran, Citrine One Sdn. Bhd. (Citrine One) mendedahkan bahawa terdapat portal...

Wartawan Ciplak Di Media Sosial Membimbangkan!

13/11/2019
0

GEORGETOWN - Kalangan ahli akademik dalam bidang komunikasi di Malaysia dan Indonesia menzahirkan kebimbangan mereka dengan trend kewartawanan ciplak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd