• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjalanan Hidup Saya Tidak Mudah – Miss Malaysian India 2018

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Miss Malaysian India 2018, P. Pavithra membuktikan kesusahan hidup keluarganya tidak menjadi penghalang untuk mendapat segulung ijazah dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42 hari ini.

Pavithra adalah antara 1,796 graduan yang menerima ijazah dalam konvokesyen yang memasuki hari ketiga hari ini.

Gadis berusia 24 tahun ketika ditemui mengakui dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah kerana ditinggalkan ketika dia berusia satu tahun.

Suka atau tidak, mereka terpaksa menerima hakikat dan melalui liku-liku perjalanan yang penuh dengan duri secara bersendirian.

Menceritakan perjalanan hidupnya mendapat segulung ijazah, Pavithra memberitahu, sebagai anak sulung, dia terpaksa bangun seawal pukul 3.30 pagi setiap hari untuk membantu ibunya untuk membuat nasi lemak dan kuih-muih.

“Perjalanan hidup kami tidak sebegitu mudah, ayah tinggalkan kami sekeluarga di saat kami benar-benar memerlukannya. Waktu itu saya baharu berusia satu tahun dan adik lelaki saya masih dalam kandungan ibu.

“Pun begitu, saya selalu ingat pesanan dan impian ibu untuk melihat saya berjaya pada satu hari dan pendidikan adalah satu-satunya landasan ke arah itu,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) ketika ditemui di sini hari ini.

Ditanya mengenai gelaran Miss Malaysian India 2018, Pavithra berkata, sejak mendapat gelaran itu, dia sedikit sibuk kerana perlu menghadirkan diri dalam program-program sosial. –UTUSAN ONLINE

Tags: ijazahMiss Malaysian Indian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2,979 Graduan UTeM Terima Ijazah

30/11/2021
0

DURIAN TUNGGAL : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membawa kelainan pada pesta konvokesyennya kali ini dengan konsep TUAH Virtual Convo...

UM Ada Hak Tahan, Tarik Ijazah Penuntut Langgar Peraturan

17/10/2019
0

KAJANG - Universiti Malaya (UM) berhak mengambil tindakan yang sesuai termasuk menahan atau menarik balik ijazah graduan yang menunjukkan tanda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd