PETALING JAYA – Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) menyatakan komitmen dalam usaha menangani gejala rasuah di negara ini menerusi sokongan terhadap penganjuran “Anti-Corruption Summit 2018”.
Persidangan yang diadakan dengan usahasama antara Transperancy International Malaysia (TI Malaysia) dan Aram Global Sdn Bhd, akan berlangsung selama sehari pada 30 Oktober 2018 di Hotel Istana, Kuala Lumpur mulai pukul 9 pagi.
YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menyampaikan ucaptama dengan tajuk ‘A Sustainable Path for Malaysia to Eradicate Corruption’. Selain itu, persidangan kemuncak ini bakal menjadi platfom perbincangan tentang isu berkaitan rasuah serta integriti yang disampaikan menerusi enam (6) sesi pleno dengan disertai oleh 800 peserta pelbagai latar belakang.
Antara tajuk perbincangan adalah seperti ‘The Battle Against ill Gotten Money:What Needs to Be Done?, The Need for Protection of Whistle- Blowers for Malaysia Baharu, Corporate Money and Political Parties – What Would Be the Best for Political Financing Legislation serta Eliminating Corruption in The Public Sector.
Sesi ucaptama dan perbincangan sempena ‘Anti-Corruption Summit 2018’ boleh diikuti secara langsung di Youtube commercedotcomTV dan Facebook Transparency International – Malaysia mulai pukul 9 pagi.
Selain CDC, persidangan ini turut menarik penglibatan daripada syarikat lain seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad, Top Glove, Thumprints Ltd serta MERCER.
Majlis penutupan ‘Anti-Corruption Summit 2018’ dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
About Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC)
Established in June 1999 with a paid-up capital of RM40 million, CDC was incorporated for the fundamental purpose to develop and operate an electronic procurement system for the Government of Malaysia.
This initiative was undertaken with the intention to steer the nation’s commerce into the forefront of the digital economy. CDC operates 14 ePerolehan Centres at all major cities in the country.
Sumber: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Noor Baizura Saliza
Tel: 03-7985 5365
Emel: [email protected]
Laman Web: www.commercedc.com.my
– BERNAMA

