• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Lion Air Yang Terhempas Mula Beroperasi Ogos 2018

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Karawang adalah sebuah pesawat baharu yang mula melakukan operasi penerbangan pada 15 Ogos 2018.

Berdasarkan kenyataan daripada Lion Air, pesawat itu membawa 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi.

Pesawat dikendalikan Kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino, bersama enam anak kapal iaitu Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang membawa 181 dan lapan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi tadi dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Menurut jurucakap Komunikasi Stategik Korporat Lion Air Danang Mandala Prihantoro, pesawat itu direkodkan dalam keadaan baik sebelum berlepas.

“Juruterbang sudah memiliki jam penerbangan lebih dari 6,000 jam terbang, dan pembantu juruterbang mempunyai lebih dari 5,000 jam penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lion Air telah membuka pusat operasi berhubung nahas itu dan anggota keluarga boleh menghubungi pusat berkenan di talian (+62) 021-80820000 atau (+62) 021-80820002 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS) dalam satu kenyataan berkata pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.

Setakat ini tiada makluman rasmi berkenaan jumlah korban, namun dikhuatiri semua penumpang dan anak kapal terkorban dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: Lion AirNahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd