• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Punyai Isteri Lain, Motif Lelaki Tetak Isteri Hingga Mati

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Perselisihan faham akibat dituduh mempunyai isteri lain kerana sering keluar malam menjadi motif tindakan seorang lelaki menetak isterinya hingga mati di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B dekat sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata identiti mangsa telah dikenal pasti sebagai Ira Binti Sumang, 27, warganegara Indonesia yang baru bekerja sebulan di ladang kelapa sawit itu sebagai pengutip biji buah sawit dan penabur baja.

Katanya suaminya yang berusia 31 tahun juga warganegara Indonesia ditangkap pada 8.45 pagi semalam ketika bersembunyi di Perumahan Pekerja Kilang Kwantas Palm Oil dekat sini.

Sebilah parang yang disyaki digunakan lelaki itu untuk menetak isterinya juga dijumpai, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam Sabtu lepas, mayat Ira ditemukan dengan kesan tetakan di muka, kepala, tangan kanan dan tangan kiri.

Polis menemukan enam anggota badan mangsa iaitu jari kiri dan kanan yang putus akibat ditetak di dalam rumah tersebut.

A. Sahak berkata ujian air kencing awal terhadap lelaki itu menunjukkan keputusan negatif tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhkes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd